September 26, 2017

Checklist barang bayi sebelum bersalin | Hospital Checklist

Apakah barang bersalin yang nak dibawa ke hospital?

  1. Buku merah jambu/pink
  2. Kad pengenalan ibu (Mykad)
  3. Duit untuk deposit dan caj bersalin nanti
  4. Barang baby
  5. Barang ibu
Ni salah satu checklist basic. Almaklum nanad belum bersalin lagi. InsyaAllah awal bulan November ni. Checklist preparation keperluan untuk bersalin ni basically nad tanya keluarga, orang sekeliling dan ibu ibu yanh berpengalaman di social media atau di sekeliling nanad. 

Untuk post kali ini nad focus pada kelengkapan barang bayi untuk dibawa ke hospital semasa bersalin nanti. Nad baru dapat beg baby color turqoise bunga kecil kecil. Beli di Shopee dengan harga RM33.13. Beli 5 September haritu, tapi dapat 25/9/2017. Lambat kan? Sebab shipping from China memang makan masa 😂




Tadaaa, hasil packing menggunakan zip-lock bag. Zip-lock bag saya beli di Daiso je sebab tak jumpa dekat Mr DIY. Kalau susun cmni sebenarnya memudahkan untuk kita dan juga suami semasa di hospital. Tak adalah haeu biru cari barang nak masuk labour room nanti. Hehe

  1. Baby wipes (bawa banyak sebab baby akan poo poo dan pee pee. If tak nak bawa tissue rolls dan spray air)
  2. Pampers (20 pieces)
  3. Silicone pump manual (saje bawa incase susu tak nak keluar. Haha)
  4. Bepanthen (nipple cracks dan diaper rash)
  5. Minyak cap uwi (takut perut kembung)
  6. Bedung - 3-4 pieces
  7. Baju baby 4 pasang
  8. Mitten and booties
  9. Barut (optional sebab klip tali pusat tak tanggal lagi)
  10. Topi
  11. Tuala bayi




Pampers baby Nanad banyak dapat percuma. Cara nak apply? Search Sample Percuma Malaysia 2017 di Facebook (https://www.facebook.com/sampleterbaru/). Sebab tak tahu baby sesuai dengan pampers mana, masa nilah kita cuba setiap jenama yang ada tengok kesesuaian kulit bayi. Di page ni, macam macam sample boleh dapat termasuk sample susu. Jom apply k. Hehe. Kerja nanad memang tunggu sample sampai rumah je sebab kadang kadang abam poslaju call nak hantar parcel.




Untuk memudahkan susunan di dalam beg, nad susun ikut hari. Labour room, Day 2, Day 3, Day 4 (Balik) dan extra zip-lock bag untuk extra bedung, mittens and booties dan tuala.






Untuk labour room nad tak isi banyak pun. Sebab bukan semua digunakan. Barut tak perlu sebab baby masih ada klip tali pusat. Basic items yang perlu dibawa ke labour room ialah :

  1. Baju baby (seluar tak perlu)
  2. Bedung/swaddle wrap
  3. Mitten and booties (sesetengah hospital tak pakaikan pun tapi nanad letak juga)
  4. Pampes 2 keping (in case baby kencing awal)




Untuk Day 2, Day 3 dan Day 4 nanad sediakan baju lengan panjang je sebab tak banyak beli short sleeve yang tak berlubang. Takut baby sejuk. Hehe

  1. Bedung/swaddle wrap
  2. Baju baby
  3. Mitten and booties
  4. Pampers 1 keping
  5. Barut (optional, mungkin tak pakaikan sebab masih ada klip tali pusat)






Haaa, yang ni extra clothing untuk baby nanad. Tuala, topi, barut, mitten and booties dan sepasang baju short sleeve. Ikut keperluan in case baby kena tahan ward.





Day 3 sama macam Day 2 juga.

Sepasang baju
Bedung/swaddle
Pampers
Mittens and booties
Barut (optional)






Day 4 - Balik 


Sepasang baju
Bedung/swaddle
Pampers
Mittens and booties
Barut (optional)







Nampak padat tetiba bila susun dalam beg. Beg muat. Jangan risau. Tapi nanad nasihatkan jangan lupa bawa at least 20pampers sebab baby akan poo poo dan pee pee banyak kali.







Alhamdulillah, siap dah beg nak ke hospital. Nanad sekarang 33weeks. Menunggu masa in case terbersalin awal. Doakan nad dipermudahkan urusan bersalin nanti. Aminnn 

InsyaAllah next post akan share kelengkapan barang ibu pula untuk bersalin :)


September 18, 2017

Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur - Hutan Simpan Bukit Nanas

Image result for taman eko rimba kl
Image from Google.


Hari Sabtu lepas, husband nad ajak dating tapi tempat yang ada keluarkan peluh. Puas survey apa tempat menarik area KL atau Selangor sebab malas pergi jauh jauh. hehe. Last week pergi ke Bagan Lalang terasa jauhnya dari Puchong. Tengah Nad dok google "Canopy walk" terjumpa blogger cerita pengalaman canopy walk di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (hutan simpan tertua di Malaysia).

Opening hours : 8.00am-6.00pm
Entrance fee : FREE
Parking fee : RM10/car

masa ni rasa wahhh! ada hutan ke area KL???? 

Setahu nad ada canopy walk di Sunway Lagoon, Shah Alam dan di FRIM, Kepong. Tapi canopy walk di Sunway Lagoon entrance fee rasa macam dah mahal. Kalau boleh nak yang bawah RM10/pax. hehe Canopy walk di FRIM, Kepong pula sudah ditutup since July 2017. Kenapa Nad tak tahu la pula. Di Shah Alam pula nak canopy walk kena lalui cabaran cabaran yang ada dengan harga RM40++/pax. Disebabkan Nad tengah pregnant. Terpaksa lah lupakan hasrat buat aktiviti extreme.


Taman Eko Rimba KL ini terletak di antara Jalan Ampang dan Raja Chulan. Tiada bayaran masuk dikenakan. Kalau nak mudah naik train ke Bukit Nanas. Nad and husband naik kereta ke sana. Parking di Jalan Raja Chulan. Caj parking setiap kereta ialah RM10. Itu sahaja kos yang akan dibelanjakan di sana. 

Boleh pilih nak parking di Raja Chulan atau di Menara Kuala Lumpur. Sebab memang ada dua pintu masuk. hehe. Tapi mostly ramai parking di pintu masuk Raja Chulan.

Canopy walk sepanjang 200 meter di sana tak mencabar seperti di Sabah. Tapi saya rasa berbaloi untuk orang yang nak hadapi ketakutan dengan tempat tinggi seperti saya.





Disini Nad sediakan google maps untuk yang nak kesana. 







Entrance canopy walk. Husband malas layan Nad asyik ajak selfie 😂








Canopy walk entrance ni tak jauh pun. Cuma banyak lah kena daki sikit. Untuk orang pregnant macam nad yang jarang exercise memang cepat rasa penat. hehe








Sampai sudah ke Tower B. 

Canopy walk ini ada 9 tower. Bermula dari abjad B-J. Tower yang terakhir ialah berada di pintu masuk Menara Kuala Lumpur.








Setiap tower akan ada gambar pokok dan QR Code dimana kita perlu scan untuk tahu info lebih lanjut untuk nama pokok dan info-info yang berkaitan.

Tapi Nad penat setiap kali naik tangga, terus tak sempat pun nak scan QR code. hehe. 












Permulaan tak rasa gayat lagi. Sebab tak berapa tinggi lagi. Ketinggian paling tinggi canopy walk ialah 21 meter. Do not worries! Jambatan gantung ni sangat kukuh compare to yang saya pergi di Sabah. hehe. Disana lagi gerun sebab boleh muat jalan sorang-sorang. Tapi di sini boleh jalan 2 orang seiring, tak ada masalah. hehe

Antara trails yang ada disana that you guys should check it out
  • Jelutong Trail (300m)
  • Merbau Trail (361m)
  • Canopy Walk (approximately 200metres)
  • Herbs Garden & Nurseries - See the various herbs that are used for medicinal purposes.
  • Birds - Spot some of the birds here in the early morning or at dusk.









Rasa macam dah sarat sangat dah. Sebenarnya tak pun. 👀



With mr husband~









Image may contain: 1 person, smiling, selfie and outdoor
Excited la kononnya dapat canopy walk finally!. hehe






Mummy to be canopy walk.







Husband lead jalan. Sebab saya jalan slow sangat. hehe






Baru perasan ada typo dipapan tanda. Terima Kashi pun bolehhhh. ✌


Disini ada banyak signboard untuk kita follow trail/denai mana.






Jambatan gantung nak ke tempat burung. Tapi sayangnya masa kami pergi tempat burung ditutup. Kecewaaa. 😞😞😞


we spend about 2 hours here sebab banyak sight seeing and take five berehat di gazebo atau bangku yang disediakan di sepanjang trail. Sadly, disini tak ada yang gerai atau kiosk makanan minuman yang dibuka. mungkin memang tak ada yang buka on weekend?? saya tak pasti. but anyhow, you guys should try pergi ke sini untuk nikmati keindahan alam dan flora. Yang penting, jangan buang sampah and buat kerosakan ya? 😏





Antara kemudahan yang disediakan disini seperti Surau, Tandas, Track, Gazebo untuk berehat, Pondok, Pusat Maklumat, Padang dan Dewan. 

For more information please contact:
Forestry Department of Peninsular Malaysia Headquarters,
Lot 240, Bukit Nanas,
Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur
Tel: +603-2070 4741
Fax: 603-2692 5657
Hotline : 1-800-88-5776
Email : webmaster@forestry.gov.my
website: www.forestry.gov.my

September 07, 2017

Waiting Period | Waktu Menunggu PruBSN Takaful




🔷🔶❗️INFO UNTUK CLIENT & BAKAL CLIENT SAYA📢📢📢
=================================

Tempoh2 yg perlu anda tahu sebagai pemegang kad perubatan

TEMPOH MENUNGGU 🕓

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

1️⃣ 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

2️⃣ 60 hari

Apa-apa penyakit kritikal yang terbentuk dalam tempoh 60 hari, penyakit tersebut akan dikecualikan dan tiada bayaran manfaat yang boleh dituntut.

3️⃣ 90 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti viral fever, bronchitis, diarhea dan beberapa jenis lagi.

4️⃣ 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

🔴 TEMPOH SIASATAN

Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda mungkin akan dikenakan siasatan secara terperinci terlebih dahulu oleh pihak PruBsn. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut kemungkinan besar sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat. Jika terbukti penyakit tersebut terjadi selepas tamat tempoh menunggu, tuntutan TETAP akan dibayar.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.

Tempoh bertenang ni ADA pada semua polisi insuran dlm industri insuran/takaful ni yng berbeza adalah tempohnya.

Sila semak polisi anda Atau kepada agent anda.

Atau
Sebarang kemusykilan boleh PM akak tepi 😊

Credit to Sarina Salleh
Pink Rose Flower Pink Rose Flower