May 25, 2018

Pengalaman bersalin anak pertama | Muhamad Kaisan Shah | 05112017


Hi semua. bertemu kembali di post blog selepas setengah tahun tak update! hehe. Tak sempat cerita macam mana detect nad mengandung dulu. Tapi sebenarnya memang TTC since kahwin. Alhamdulillah lepas 3 bulan kahwin saya disahkan mengandung. 

post tentang pregnancy journey nantilah ya. nak update masa hari bersalinkan kaisan ni. hehehe.

Jom baca kalau sudi :)


4/11/2017 (Sabtu)

Air ketuban bocor exactly masa rakaat ke-2 Subuh. Abaikan sebab ingatkan tak ada apa apa. Bila check pad tengok air campur darah 😱 cepat cepat kejut husband bangun. Tapi yang nak relaks lagi sempat ajak husband breakfast dulu. Masa ni first time tengok suami jadi kalut. Haha. Saya jenis relaks lagi masa ni.

After breakfast gerak ke hospital berdua. Konon nak check je air ketuban betul ke leaking. Masa ni dah siap pakai pampers dewasa and dress ibu mengandung sebab air asyik mengalir non stop.


Image result for vagina examination ve
Masa on the way ke hospital, suruh husband relaks je sebab tak sakit pun. Tapi ada moment sedih campur geram ketika sesi daftar. Hati sensitif betul dengan staff sebab layanan kasar. Dah cengeng dah masa ni tapi cuba cool lagi. Nasib baik staff nurse and doctor yang uruskan check ctg baby and VE (Vaginal examination) sangat lembut and friendly.

Suami kena register and bayar deposit. Saya pula kena buat test air kencing dulu, check ctg baby dan scan 2D untuk check air ketuban.
Image result for muncung itik untuk

Masa part VE dan masuk mulut itik yang besi tu, terus praktikkan tarik nafas dalam2. Haha. Alhamdulillah dapat doktor praktikal perempuan and jenis tangan kecil. Maka seluknya tak terasa langsung 😂😂😂 Kalau tanya sakit tak masuk muncung itik ni.. honestly tak! Kena relaks je. Jangan nervous sampai keraskan semua muscles. lagi sakit nanti :)






Sementara tunggu nak masuk ward, sempat borak dengan ibu ibu kat sana. Ada yang lahir baby prem tunggu baby di icu, ada yang dah 2 hari sakit contraction tapi bukaan masih 2cm.


Then doctor pun inform tak boleh ikuti request saya dan suami untuk benarkan hanya staff perempuan sambut baby. Almaklum hospital kerajaan 😅 doctor kata selepas 12jam perlu masuk labour room atau lebih awal kalau baby dah berak dalam perut. Maka menantilah pukul 6.30 petang hari yang sama...

12/11/2017 patutnya due date. Tapi baby keluar awal seminggu at 39weeks. Alhamdulillah tali pusat dah selamat tanggal malam tadi 😍.


Pukul 11 pagi baru dapat masuk ward tapi tu pun kena buat soal jawab dulu, tandatangan serta tulis sekali nama waris dan no tel. Sebab ramai menanti masa nak bersalin, mostly semua katil dah occupied. Baju hospital pun habis 😅




Bila dah dapat katil (katil tambahan tepi tingkap) dan perlu tukar persalinan baru rasa nervous. Alhamdulillah tak rasa sakit lagi. Part masukkan branula paling sadis, doktor sebaya masukkan branula hijau yang besar di tangan kiri kononnya situ urat lurus, tapi sayangnya jarum tak masuk betul. Terpaksa tahan perit cucuk di tangan kanan pula oleh doktor lain, yang kelakar doktor pasang sticker di branula pun salah sampai kena tegur dengan nurse.😂 nurse siap pesan untuk tunjuk pad bertali hospital setiap kali tukar sebab risau baby berak dalam perut.




Masa waktu melawat 12.30-2.30 tu rasa bahagia sangatlah husband dapat jenguk sat 😂 2kali dia balik rumah sebab saya kalut tak bawa kad nikah masa daftar nak bersalin. Ingat ya kawan2, ic dan kad nikah penting dibawa kemana mana, 🙂

maafkan rupa pucat. nak bersalin tak fikir nak cantik pun.

Sementara tunggu pukul 6.30 petang dan waktu melawat 4.30 petang, puas jalan sekeliling ward sebab orang kata untuk mudahkan bukaan. Masa melawat dapatlah merasa ayam goreng mcd, mcflurry oreo dan air milo ais dibeli oleh my sister 😂 masani husband lah dok suap makanan sebab saya macam tak selera makan sebab dah mula minor contraction yang macam senggugut tu.

Setibanya 6.30 petang, masih tak ada petanda nak kena tolak masuk labour room. Sabar je menanti until 6.45petang salah seorang doktor lelaki inform labour room penuh. Maka sementara tu check ctg baby di bilik rawatan. Pukul 9.51 malam, doctor lain pula datang inform labour room masih penuh, jadi kena pantau sendiri gerakan baby and if sakit sampai nak meneran tu sila inform nurse😂 masani juga dok baca surah maryam berkali kali.

Sempat message ahli keluarga minta maaf and halalkan makan minum.




Nurse siap pesan jangan minum air zam zam. Masa ni saya dah termenyesal sebab since masuk ward dh start minum 😆 air zam zam ni ibarat air selusuh, tak boleh minum kalau belum ada bukaan 4cm ke atas. Sebab nanti sakit yang teruk berlaku tapi masih belum ada bukaan.

Tiba tiba pukul 10.32malam ada seorang nurse datang inform untuk terbalikkan pemakaian baju dan hanya perlu kepit pad bukan pakai dengan underwear sebagai persediaan nak masuk ke labour room. Masani nurse dah suruh call husband untuk inform nak masuk labour room dah. Baru nak get ready kemas katil sat, nurse tegur 

“no phone allowed dalam labour room ya”. 

Kecewa sat sebab takut tak dapat berhubung dengan husband 😫
Tengah syok terpinga pinga tak tahu nak ambil barang apa,

Sekali lagi nurse  pesan :

“dik, jangan nak bawa macam2 masuk labour room ya. Baju baby, kain bedung dan napkin sahaja”




Sebenarnya memang saya dah asingkan barang untuk masuk labour room since kandungan dah cecah 32weeks. Tapi masa tu ada letak mittens booties and extra pampers dalam beg labour room. Kena tegur lagi dengan nurse masa ni sebab dia ingat saya bawa banyak barang 😅 lepas dia check tinggal 3 items tu sahaja baru dia diam. Maka naiklah saya ke atas kerusi roda dan straight ke labour room.... 

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

11malam - 4/11/2017

Setibanya di labour room, masa ni kena seluk lagi sekali oleh doktor perempuan. Yang doktor kali ni ganas. Terasa peritnya 😂 bukaan baru 3cm masa ni.

Di labour room, memang saya seorang je patient. 1 room 1 patient. Katil saya baring tu tak dinaikkan 45degree pun bahagian kepala. Jadinya memang baring mendatar.

Macam biasa akan ada sesi soal jawab nama penuh, bacaan ic, ada alergik ubat atau tak dan ada gdm atau tidak. Maka bermulalah masuk drip air yang menyebabkan kesakitan kian terasa. 

Dari 15minit sekali ke 10 minit sekali. Nurse siap tegur kenapa memandai mandai minum air zam zam. 😭

“Awak tu bukan orang arab, kalau awak tahan mungkin baby dalam perut yang tak tahan nanti”

Saya hanya mampu diam sahaja lah 😅. Rasa nak menangis bila dapat tengok muka husband setibanya beliau di labour room. Hehe. Yang bagusnya nurse di HTJ, beliau siap mainkan bacaan surah Yasin di youtube sepanjang saya berada di labour room.

Bila dah di labour room, baru tahu rasa sakit contraction macam mana. Sakit macam senggugut tapi lagi sakiiiiit. Masa contraction tu rasa nak mengiring je untuk hilangkan sakit. Tapi of course kena marah dengan doktor sebab alat ctg baby di perut, kalau mengiring bacaan akan lari. Banyak kali jugaklah kena marah dengan nurse sebab kantoi mengiring 😝

Akhirnyaaaa, nurse offer 

“puan nak painkiller tak?”. 

Laju je saya jawab nak 😂 ni painkiller yang cucuk di pungg*ng tu. Honestly, perit rasa suntikan tu 😐 maka dapatlah tidur kejap kejap sambil melayan contraction. Painkiller tu tak berkesan langsung sebab sakitnya memang susah nak explain 😆

Doktor akan check 4jam sekali bukaan. Pukul 3 pagi another doktor masuk untuk check. Baru 4cm sepanjang 4jam menahan sakit tu 😭😭😭 masa masuk tiub kencing untuk kosongkan pundi kencing pun saya nervous. 😅 perit tapi bearable lagi the pain. Maka tunggulah saya pukul 7 pagi for another checkup.

Husband dah terlena tidur di sebelah. Pukul 4 pagi i cannot tahan the pain, haussssnya lagi. Nasib baik ada nurse baik hati offer air suam. Sakit makin kerap masa ni dari 5 minit sekali ke 3 minit sekali. Tidur ayam je masa tak sakit tu. 

Akhirnya around 6am husband minta izin nak solat subuh sat. Nurse tanya ada rasa nak teran tak, saya geleng jawab tak. Malunya bila ingat balik sebab meraung kata

“sakiitttt Allah sakiiit”. 

Nurse sampai geram 

“ya tahu sakit, cuba istigfar and selawat banyak banyak. Macam mana nak bersalin kalau asyik baring mengiring je ni?”. 

Around 6.30am cannot tahan, nurse dah marah sebab tak nak baring terlantar. Haha

Saya terus ke posisi nak bersalin sampai nurse kelam kabut check bukaan. Rupanya dah 10cm bukaan. Terus nurse suruh push. “Bagus bagus, pandai awak push. Push lagi, kepala baby dah nampak”.

Masa ni husband baru sampai labour room selepas solat. Omg saya terlupa teknik bernafas. Haha. Terhempas kepala setiap kali berhenti push menyebabkan kepala baby termasuk balik. 

Husband terus support belakang badan 

“sikit lagi nad, tarik nafas dalam dalam”.

Nurse : “jangan angkat punggung puan, push bila sakit je”

Okay masani baru perasan saya teran sambil jerit. Haha. Dalam masa 5 minit keluarlah my baby boy. Nampak baby terus terlupa sakit contraction. Terlupa sakit kena gunting. Masa keluarkan uri, kena jahit, seluk keluar darah beku pun tak terasa sebab leka tengok baby atas dada. Husband terus azankan baby. 

Masa part lepas jahit kena seluk selalu dengar orang cerita menyakitkan. Tapi saya rasa contraction lagi sakit dari tu. 

Saya ditolak masuk ward dengan baby selepas 3jam bersalin. Jadi lama sebab kena tunggu staff hosp tukar shift pukul 7 pagi, timbang berat baby, pengesahan no ic dan document untuk register nama nanti.

Lama husband tunggu dekat ward siap kena halau dengan guard sebab bukan waktu melawat. Lepas husband bancuh air susu kambing, husband balik bawa beg uri untuk tanam. Tinggallah saya dengan baby di katil ward. Kekok sangat masani. Haha

Alhamdulillah. Dah jadi mak orang dah. Maaf cerita terpanjang 😅



Baby boy | 3.37kg | 6.37am | 5 November 2017 
Muhamad Kaisan Shah

maksud nama : Yang terpuji Bijaksana



Lepas bersalin, orang kata patutnya kalau larat bangun mandi dan tukar pad. Tapi nad punya takut nak bergerak sebab takut luka jahitan sakit atau terbuka. Masa waktu melawat tengah hari, minta kakak tolong temankan ke toilet sebab tak tahan dah nak buang air kecil. hehe.

Sampai toilet terus rasa nak pitam. Kena marah dengan nurse sebab sepatutnya nurse yang teman ke toilet in case saya pitam. Faktor tak makan dan hilang banyak darah juga punca saya nak pitam. tak sempat nak makan sebab bag makanan jauh dan saya tak larat nak bangun. huhu.

Semoga Muhamad Kaisan Shah menjadi anak yang soleh, membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat. Aminnnn

0 comments :