April 15, 2019

Sunway Lagoon | 13 April 2019 | 100comments : Sunway Lagoon Contest


13 April 2019 (Sabtu)
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1KZXdsZT2lKrByDM0bNPA4axGIw41AntX
Bulan lepas nad ada join contest di facebook dianjurkan oleh 100comments. Tak sangka rezeki menang 2 tiket ke Sunway Lagoon. Alhamdulillah. Nad memang tak pernah kesana pun πŸ˜‚ rezeki Kaisan la dapat mandi di Sunway. Hehe


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rf2LmETZCMTDuHdTvmIwtrtxHwBjpcfr
Keputusan contest. Terkejut nama tersenarai πŸ˜‚



https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_qorlttVM7SM0lgt45kwAyyAdAQk0itf
Terms and condition tiket. Kaisan masuk percuma sebab belum cecah 90cm lagi. Untuk 90cm keatas perlu bayar. 

Setelah berbincang, pilih tarikh 13 April untuk redeemed tiket percuma ni. Memandangkan puasa nak dekat dah, better pergi awal awal. Hehe. Tiket expired bulan 6. 

Tapi sebelum ke Sunway Lagoon, nad and husband including Kaisan singgah Cyberjaya dulu untuk jumpa client account. Borak borak tak sedar dah nak pukul 11 πŸ˜‚ terus pecut ke Sunway Pyramid. Nasib banyak parking. Sampai around 12.15pm dari Cyberjaya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Jj88HfM3yNYu16cI6cPDhS0ciljlET4q
Done redeemed 2 tiket percuma!

Untuk yang bertanya rate tiket waterpark Sunway Lagoon yang terkini, boleh refer gambar dibawah atau terus sahaja ke website dorang.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=18ytsGNDsgDWHnyV-a4ObUuei7henuenv
Tapi harga tiket ni tak termasuk ride yang ada dalam Sunway Lagoon. Tu kena bayar asing. Contoh macam naik ATV kena bayar tiket harga lain. 


Ticket Inclusive Access to:Nickelodeon Lost Lagoon
Sunway Lagoon Water Park
Sunway Lagoon Wildlife Park
Sunway Lagoon Amusement Park
Sunway Lagoon Extreme Park
Sunway Lagoon Scream Park
Not applicable for pay-per-ride activities: Bungy Jump, G-Force X and Go Kart

Di atas ni senarai park yang available for access.penat juga tak jalan semua park πŸ˜‚


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fkynsZP6lK4OHnDoDLy1uqjrxa3PU5f6
Masani tengah ukur ketinggian Kaisan.
Baru 75cm. πŸ˜‚

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1C-nmAyqUNZrhn5IgrKnfmtcqOol-aIYZ
Ni senarai show dan wildlife park encounter yang available. Kena jaga timing kalau nak saksikan semua. Nad tak sempat, pergi mana sempat je πŸ˜‚. 





https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Le-CxFjedjsoWkhP3EM_3mqB7kCQQdoq
Here we go adventure! 



https://drive.google.com/uc?export=view&id=1F7ph1YZjRz8-VTffH4B7k4gZx_udHJBj
First thing kami pergi wildlife park dulu tengok Harimau, singa, jaguar dan pelbagai lagi haiwan.



https://drive.google.com/uc?export=view&id=1sDmTIL5u91uHPQ1BFeUrXplMJoMbUwGD
Burung merak disini dibiarkan bebas. Dapatlah experience tengok dekat dekat. 



https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mC2m40xm3TcA4BWYbR3ixr2Y_xXmbqxC
Bear! 





https://drive.google.com/uc?export=view&id=1XMsyMGtfZEYpPEopcZwS5G6ZL_ALcLcC
Rabbit ni kami tengok dibahagian petting zoo. Boleh je nak belai belai. Kura kura pun dapat tengok depan depan. 


If ada anak kecil, nad nasihatkan bawa carrier atau stroller. Sebab penat nak dukung πŸ˜‚ kami gigih taw dukung kaisan sebab tak sangka Sunway Lagoon ni agak besar. 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1QulBxrm7SN8xBFixwNYf3CZ_sUOoM9WO
Kaisan memang dah pandai jalan cuma dia merayau ke arah lain if dibiarkan jalan. Jadi langkah selamat adalah dukung! Hehe




https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ej_6qWcOdtPC3nU7ZzFKj-YrU7UQY2qD
Kaisan as orang-utan.



https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ZkR1_I77JEDLqBd1yVivUBA8QUjxOnSD
Siap sengih tahu orang snap gambar dia. 





https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fXhFefEbGpdGLJUnoAye7RKg15ssz45D
Excited encounter depan depan.





https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_tzjgUUMITysKrZnwG7sc0PqrBKXjDxi
Kaisan trying to say hi.




https://drive.google.com/uc?export=view&id=1gAYN0sEJ2Yji4IeF0XylfK_yqpZ8fGqN
Burung merak 😍




Lepas pergi wildlife park, scream parkπŸ‘» terus directly pergi ke waterpark pula. Tapi kami singgah makan dulu di MarryBrown sebab dah kelaparan. Di Sunway, tak boleh bawa makanan luar masuk ke dalam including air. Tapi kena be aware makanan dan minuman disana memang 3 kali mahal πŸ˜‚ air mineral biasa boleh dapat RM1 akan dijual RM4.50. Air kelapa biasa RM4, disana RM12. Cotton candy RM6.90. Fuhhh. Tapi sebab lapar kami beli satu set burger, ayam 1pc dan milo ais kongsi 3 orang πŸ˜‚. Tu pun dah RM21. 




https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Tlor3te2qLLd1sY3eUySkaJdllHLl3an
Kaisan kelaparan.


Settle makan, terus tukar baju kaisan. Kaisan mula mula tak nak masuk dalam air and tak nak jalan sendiri sebab geli dengan pasir πŸ˜‚ last2 dia paling seronok main air. 


https://drive.google.com/uc?export=view&id=16NEhPvuIWVaePKfd8FRP7dz9QXmX_6vK
Habis lencun.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1K0K8Sa3CAAccGSp5CRJkDJ1RUQpI_d4Q
Me with my first born.



https://drive.google.com/uc?export=view&id=1JV3jBowhidn9XIZak3gkSGmZTCngoT5g
Our little family. Khaira tak ikut sebab dia baru 2 bulan. Nad tak berani bawa dia ke tempat awam lagi πŸ˜… tunggu Khaira besar sikit. 


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1lsjoVoszPW2F7Y19TujG94HVde1nhNpd
Kawan alam maya/kawan contest, Isma Nadjwa a.k.a Ummi Husna. Memang saje plan pergi sama sama tapi last last dedua bawa diri masing2 πŸ˜‚ sebab bila nak ajak main sama baby husna tidur. Baby Husna dah bangun, kaisan dah ngantuk pula. Maybe next time boleh arrange playdate lagi. Hehe

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1AT8uzpu90vEZ1Kj9Kv9lljH25vGosgBO
Kami kongsi design case handphone yang samaπŸ˜‚ how coincidence! 

Overall it was a great experince. Thank you 100comments dan Sunway Lagoon Malaysia for the memorable experience for me and my family. Never been to Sunway Lagoon. It was a great opportunity to spend time with my family.


Bawah ni video nad edit sepanjang berada disana. Thank you for reading! 


April 12, 2019

Movie Premier | HellBoy 10 April 2019 @ TGV One Utama

  
Selasa lepas 9/4/2019, nad dapat notification from facebook mengatakan nad menang  2 tiket percuma tayangan premier HellBoy.  Nad excited! Tapi sedih sebab tak dapat pergi pun memandangkan nad masih di Seremban dan tak ada siapa nak jaga anak anak nad πŸ˜† tak sampai hati pula tinggalkan dorang. Terima kasih WeTix dan Lobak Merah kerana memih nad sebagai pemenang.

Ni contest post di facebook. Nak join contest untuk dapat tiket wayang ni kena rajin cari siapa rajin organize contest πŸ˜‚ biasa syaratnya like, tag and share. 




Ni pm dari lobak merah. Alhamdulillah.

Sebabkan nad tak boleh pergi, nad randomly bagi tiket kepada kawan di facebook dan kakak ipar nad.




Kaunter untuk penebusan tiket.
2 tiket percuma dari wetix nad decide bagi pada kawan di facebook nad. 

Thank you for sharing gambar ni with me ❤️




Ramai dapat tiket percuma okay



Seat yang diberi. 

Last time nad menang tiket movie premier 5 feet apart. 
Yang tu best siap dapat bunga and beanie seat. Hehe.

Tapi untuk tayangan premier HellBoy ni dapat seat biasa tapi okaylah sebab tiket percuma kan 😍

Poster HellBoy. 2 tiket percuma dari lobak merah nad berikan kepada kakak ipar nad 😊

Bawah ni pula kakak ipar nad share masa proses tebus tiket wayang.


Movie ticket.

Tapi management Lobak Merah lambat juga sampai berbanding organizer lain yang beri tiket percuma. 

Tempat penebusan tiket.







https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rfQYVT39Jnxp3L_iWuKZ1k_jXiJoXA9M
Sedikit penerangan tentang cerita HellBoy ini : 
Created by Mike Mignola, Hellboy is a musclebound scarlet-skinned demon who hunts mythical monsters on behalf of a shadowy paramilitary organization, with the help of humans scarred by the paranormal.
Movie ni dibintangi oleh David Harbour, MiaJovovich, Ian McShane, Sasha Lane, Daniel Dae Kim dan Thomas Haden Church.


Antara scene yang korang akan dapat tengok
1. Pertarungan antara HellBoy dan Nimue (Ahli sihir).

2. HellBoy lebih beraksi (its not PG13 guys)


Thanks for reading guys! 

April 07, 2019

HEGEN PCTO™ COMPLETE STARTER KIT PPSU (STANDARD NECK ADAPTER) | Botol Susu Hegen Review




Hi semua! Bertemu kembali di blog nadnod azizan 😜 eh ada ke sudi baca? Hehe. Kalini nad buat review tentang botol susu Hegen. Tahun lepas in November nad dapat email menyatakan nad menang contest grand prize. Terkejut! Alhamdulillah. Nad tak pernah menang contest grand prize okay. Hehe. 

;






Apa hadiah grand prize yang nad menang tu? Haaaa. Ini dia

Complete starter kit and drinking bottle worth RM481.80


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1UAJwMvTiJHMAkuySorhSLFAVYnN_gXmI

Ni lah set hadiah yang nad menang. Yang bestnya produk hegen ni, its BPA free dan selamat digunakan buat si manja.

Apa yang ada dalam Hegen PCTO Complete Starter Kit set adalah seperti berikut :

2 x Hegen PCTO™ 150ml/5oz Feeding Bottles PPSU with Slow Flow Teats

2 x Hegen PCTO™ 240ml/8oz Feeding Bottles PPSU with Medium Flow Teats

4 x Hegen PCTO™ Breast Milk Storage Lids White

4 x Hegen Seals2 x Hegen PCTO™ Standard Neck Breast Pump Adapters


Menarik kan 😍 sebab ada adapter untuk breastpump. senang pump terus ke botol ❤️ nad dapat yang jenis standard neck, senang sikit sebab pump nad pun memang untuk botol standard neck 

Okay yang ni botol 5oz. Yang bawah untuk lids untuk seal botol. 



Fit perfectly in my hand. 
Kalau perasan botol susu hegen ni jenis 4 segi. Sebenarnya untuk elakkan susu tertumpah. Buka tutup lids dia pun mudah. 

Revolutionary no screw thread one-handed closure (Patent Pending). Press-to-Close, Twist-to-Open

Yang ni 5oz dan puting/teats jenis slow flow sesuai untuk newborn. Kalau tengok puting dia tak macam puting botol susu biasa. Puting/teats diajenis elliptical-shaped silicone yang hampir menyerupai mother's breast. Secara tak langsung baby akan menyusu macam direct feeding. Prevent nipple confuse to mothers out there! Puting susu ni juga membolehkan baby menyusu secara upright position. 

The best part, botol susu ni memang design to prevent anti-colic air vent. Jadi dapat elakkan baby sedut udara ketika menyusu botol. Tak pasal pasal kembung nanti kalau banyak isap udara dari botol kosong 😬

Description lebih detail tentang complete set botol Hegen ni.




Details dalam bentuk gambar.



Cara buka dan tutup botol susu.




Details tentang botol.


The other part yang best tentang botol susu Hegen ini adalah sebab mudah dicuci. Bentuk dia tak ada bentuk yang buat jadi leceh nak cuci. Guna berus botol susu dengan mudah je masa cuci. Takyah nak tonyoh beria ria.

Botol Hegen ni pun boleh digunakan untuk simpan puree, snacks baby, semi solid food, buah buahan dan juga juice. 

Disebabkan set ni ada adapter untuk breast pump, tak perlu susah susah nak transfer dari botol Hegen ke bottle storage lain. secara tak langsung prevent pembaziran susu tertumpah. Setiap titik susu ibu tu berharga taw! 

Hegen ada juga jual set complete dengan adapter wide neck. 



Okay moving on, after received the gift finally dapat guna lepas kelahiran anak kedua nad pada bulan Februari 2019.



Baby Khaira using Hegen 5oz bottle with slow teats. Elok je dia nyusu. No nipple confuse even introducing her to bottle-fed since she was 7 days old.



My first born using the exact bottle like baby Khaira. Kaisan pun suka bottle ni sebab boleh bawa tidur. 


Korang yang expecting should purchase this product. Tak rugi sebab boleh pakai lama and its BPA free safe for daily use. 


Thank you Hegen Malaysia and 100comments.com for choosing me as the winner.



February 20, 2019

Pengalaman Bersalin Anak Kedua | Amirah Khaira


9/2/2019 (Sabtu)


Kelahiran adik Kaisan, nama diberi Amirah Khaira  yang bermaksud Puteri Kebaikan. 

Woke up around 4.00am sebab tak boleh tidur. Baring sakit. Mengiring sakit. Ingatkan normal sebab 3rd trimester memang akan sakit belakang πŸ˜† .

The pain was bearable. Tapi kerap datang. Masani dah yakin macam contraction je ni sebab sakit datang 10-15 minit sekali. Tapi masih abaikan sebab tak ada tanda turun darah atau air ketuban. Pukul 6.30 pagi terus pergi mandi dan solat subuh. Cabaran masa solat diserang contraction, fuhhh. Lepas solat konon nak siapkan breakfast untuk suami. Masani yakin je cakap dekat suami ni brixton hicks ni. Due date kan 1/3. Takkan nak bersalin dah. .

Dalam otak dok ligat fikir nak pergi collect parcel di poslaju, jumpa client account, jumpa cikgu, nak cod barang customer. Kiranya sabtu tu memang dah plan la nak buat apa. Tapi semua tak jadi sebab husband insist suruh pergi hospital juga sebab risau tengok nad dok tahan sakit πŸ˜†

Sakit sakit pun pukul 9 pagi baru keluar rumah (rumah puchong. Nak ke Hospital seremban ambil masa 40minit). Tapi sebelum gerak balik, sempat singgah poslaju puchong dan mcdonald sebab lapar πŸ˜….

Paling kesian suami la sebab dia kena drive sambil riba Kaisan. Kaisan masani refuse duduk dalam car seat. And nad tak boleh riba sebab tengah tahan sakit contraction. Masani la timbul seribu penyesalan sebab susahkan suami dan kesiankan kaisan yang tak faham lagi ibu dia mengandung adik dia πŸ˜‚

Masuk je highway husband terus pecut 130/140kmh sebab masani nad dah meraung dalam kereta dah sakit πŸ˜† contraction kerap. Kaisan menangis setiap kali nad merintih sakit πŸ˜…. Masani husband cakap kalau kena saman biarlah. Nak rush ni. Emergency. Sekali sampai nilai JALAN JAMMED. Stress .


Sampai hospital around 11.00am. Tahu tak dari parking nak ke PAC room susah? Berapa kali stop jalan sebab sakit contraction menyerang πŸ˜†. 




Selepas register, terus masuk PAC room. Bestnya kalini dapat nurse semua lemah lembut. Doctor baik baik. Yang best semua perempuan πŸ˜†

Macam biasa kena check air kencing dulu. Jawab soalan ditanya nurse. Then baru masuk bilik untuk check laluan sebab nurse tengok nad dok kerut kerut muka tahan sakit πŸ˜†




Nervous masuk bilik untuk check bukaan(kalau nak tahu check bukaan tu macam mana ialah Dr akan “selukkan jari” untuk check berapa cm ). .
Nervous bukan sebab apa, risau dapat Dr lelaki atau Dr yang jenis seluk dengan cara kejam (masa kaisan dulu pernah dapat Dr tak pandai seluk πŸ˜†sakit!). 

Alhamdulillah dapat Dr perempuan. Tak sakit langsung. Tipsnya, please tarik nafas dalam dalam dan relaks kan otot anda πŸ˜‚.

“Okay bukaan awak dah 4cm, boleh terus masuk labour room tapi buat ctg dulu”. 




Image result for alat ctg

CTG ni alat untuk detect jantung baby dan contraction kita. Bila dah pasang alat CTG ni tetiba staff nurse lain bising kenapa tak proceed ke labour room sebab dah 4cm. Terus nurse bagi baju salinan. Masa ni nervous campur excited.

“Sarung baju terbalik ya sebab nanti baby keluar nak terus letak atas dada”. -nurse

“Suami puan mana ya? Kena hand over semua barang peribadi. Barang kemas jangan pakai. suami nak teman masuk labour room tak?”.

Ok masa ni dah serabut sikit sebab kaisan ada dengan suami. Kan kami dari puchong. Tak sempat drop kaisan di rumah mil. maka suami ke bilik pac dengan kaisan dalam baby carrier. Nasib rumah mil dengan hospital tak jauh, sempat lah minta datang tolong ambil kaisan and bawa beg hospital. 

Beg hospital penting k. Terutama baju baby, pampers dan pad! 😊

Pukul 12 terus disorong naik kerusi roda ke labour room. Masani sampai je labour room staff nurse cakap selamat datang ke bilik bersalin. πŸ˜‚

Labour room di hospital seremban best k. Sebab sorang sorang. Ada alunan surah surah akan dimainkan sepanjang kita di situ. 

Kalau nak husband assist, make sure ada salinan kad nikah dan ic k 😊nanti nurse akan suruh kita sebut nama penuh suami sebelum benarkan suami masuk ke labour room. 



Image result for branula hijau


Berjela la pula cerita bersalin kalini πŸ˜† di LB nurse masukkan branula di tangan. Nad dapat branula hijau. Dah settle branula, alat ctg pula dipasang. Kemudian kita tunggu jela bukaan sampai ke 10cm.

Bersalin adik kaisan ni sebenarnya kejap je tapi rasa lama sebab sakit contraction 😜.

Paling suka nurse in charge cuba tenangkan nad.

“Puan relaks ya. Biasa anak kedua ni cepat bukaan”. - nurse



Jom sambung story! Masa di labour room macam biasalah Dr akan check kedudukan kepala baby sama ada dah engaged ke belum. Part paling nak gerun adalah part pecahkan air ketuban! Hehe. Sebab masa Kaisan dulu ketuban dah pecah sendiri, kalini Dr pecahkan untuk cepatkan proses bersalin.

Nad ingat sakit. Sebab berapa kali Dr ni asyik seluk then cucuk guna alat untuk pecahkan ketuban tapi tak berjaya. Sampai perasan jari Dr dah ada darah dah tapi still air ketuban tak pecah lagi πŸ˜‚ .

Akhirnya Dr lain yang tolong pecahkan. Tak sakit pun rupanya. Rasa panas je tetiba air mengalir πŸ˜‚ 

Cuma kita perlu inform Dr bila baby mengeras/contraction bila procedure pecah ketuban dilakukan. Procedure ni boleh dilakukan bila baby tak mengeras ok 😬

Maka dari pukul 12.30 tengah hari nad duduk melayan contraction. Staff nurse kata after 2 hours baru dorang datang balik nak check progress.

Masa di labour room nad stress tengok suami sedap tidur. Punyalah nad dengki masa tu sebab nad tengah layan sakit 😜

Nasib baik ada staff nurse sudi bagi air untuk basahkan tekak. Around 1.30pm nad dah tak boleh duduk diam. Request suami panggil nurse sebab nad rasa nak berak. 

Nurse check jalan. "Baru 4cm tapi cervic awak dah lembut. Sabar ya. InsyaAllah kejap lagi bersalin".

Pukul 2 nampak staff nurse lalu, suruh suami panggil lagi sebab memang rasa nak berak πŸ˜‚staff nurse ni tak layan "kan baru 4cm. Lambat lagi tu."

Pukul 2.30 petang nad terus request nurse nak injection pain killer di punggung dan gas entonox(tak sedut pun sebab tgh sakit). .
Suami nad ni kelakar sikit. Nad tengah sakit dok la tangan merewang ke langit, dia boleh pergi high five nad and gelak2. Adoi πŸ˜‚

Lepas injection nurse terus check jalan. Alhamdulillah dah 6cm. Tapi masani dah berguling sakit dah. Siap terjerit πŸ˜‚

"Eh awak janganlah jerit. Sebelah ni patient nak bersalin tapi dia ada sakit jantung. Kang tak pasal pasal dia takut bersalin".-nurse

Berapa kali nad say sorry. The pain was unbearable 😭. Around 2.40pm nurse request suami pergi solat zohor dulu. "Awak pergi je solat dulu. Saya rasa dia akan bersalin sebelum asar.".

Maka melayan la contraction seorang diri.. 

Untuk yang tanya injection pain killer tu kurangkan rasa sakit contraction ke tak, mestilah TAK. Tapi it will helps you deal with the pain. Akan rasa mengantuk. The injection last for 6 hours. Gas Entonox tu pula akan buat anda rasa khayal 😴depends on which korang prefer. Ada yang takyah dedua ni pun selamat je bersalin. Hehe

Okay, sebaik sahaja suami nad balik solat, nad mengadu sakit lagi. Suami cuba urut kaki nad tepis sebab sakit. Dia urut tangan pun kena marah πŸ€ͺ .

Around 2.45pm terus request suami panggil nurse juga sebab betul betul rasa nak meneran. Tapi macam biasalah nurse tak layan sebab dia kata lambat lagi progress nak ke 10cm tu πŸ˜‚

 Lepas nad tak duduk diam sampai alat ctg tak boleh baca jantung baby, terus nurse suruh teran. Bukan teran baby k. Tapi πŸ’©πŸ’©πŸ’© . 

Malu rasanya πŸ˜†. Nurse terpaksa tolong keluarkan πŸ’© baru nurse cucuk pundi kencing untuk keluarkan air kencing. Both process ni penting sebab kalau pundi penuh, usus penuh, process nak lahirkan baby jadi susah. 

Masa nurse cucuk pundi kencing tu memang kaki dok terkepit kepit hasil refleks sakit contraction. Tak tahu kenapa pengalaman bersalin kali kedua ni sangat mengerikan πŸ˜†

Nurse dah marah sebab nad tak beri kerjasama. Sorry nurse. Nad nak teran je sebenarnya. Ok sila praktis posisi bersalin. Tangan pegang buku lali. Kangkang. Masa teran buka mata. Dagu di perut. Teran macam tengah sembelit. Bukan teran di muka. Di perut. .

Masa nad, nad teran dah okay. Curi nafas dah okay. Yang tak okay nad angkat punggung tinggi sangat semasa proses meneran. Menjerit nurse sebab nad siapkan keraskan kaki tak nak kangkang terkepit2 dengan angkat punggungnya πŸ˜‚

Fuhh jujur terasa koyakkan nya. Alhamdulillah tepat pukul 3.00 petang nad bersalin baby girl weight 2.92kg. Kecil sikit dari abang Kaisan. .
Memang kejap je di labour room. Tapi sakit contraction ni 1 minit rasa macam 1 jam πŸ˜‚ .




Nad sempat tengok baby keluar meluncur laju di katil nad masa final push. Rasa happy dengar dia menangis. Tiba tiba rasa sakit tu hilang terus 😊 nurse terus letak baby di atas dada nad. Punca nurse suruh pakai baju hosp terbalik agar mudah nak lucutkan untuk letak baby atas dada. .

Kemudian process uri dikeluarkan. Dimana staff nurse akan gegarkan perut kita πŸ˜‚ plupp keluar la seketul uri. Sebelum kena jahit tu kena seluk dulu untuk keluarkan darah beku. .

Jujurnya jahit kalini sangat sakit. Even dibius, jahitan di kulit memang akan terasa. Lagi lagi bahagian sensitif. Fuhh. Banyak kali rasa nak tertendang nurse. Masuk jarum ok lagi, bila benang ditarik nad sampai gigit selimut πŸ˜‚ .

Nasib baik 1st degree tear😭 nasib baik juga koyak tak sampai 3rd or 4th degree. Seram kalau kena nanti lagi ngeri nak buang air besar lepas bersalin πŸ˜‚

Be aware lepas process jahit, nurse akan seluk lagi sekali untuk check ada darah beku lagi tak.  Be aware juga lepas tu Dr pula akan seluk lagi sekali untuk check πŸ˜‚ lubang dubur juga akan dicheck sama ada kita boleh kemut ke tak. .

Settle semua, nurse akan bantu tukar baju, pakaikan pad and akan minta kita mengerengkan badan untuk susukan baby buat pertama kali. .
Biasa Dr/nurse suruh kita confirmkan jantina baby, nama dan ic kita sebelum dibawa ke ward 😊 .

Pengalaman bersalin setiap orang berbeza. Ada yang mudah ada yang sampai tinggalkan kesan trauma. Yang penting banyak banyak berdoa dan minta maaf dengan suami. .

Teringat lepas baby keluar terus nad cakap "awak lepasni jangan mengandung rapat lagi dah. Susah nak bersalin tak bagi kerjasama" πŸ€ͺ. Kalaulah nurse tu tahu bila kita sakit kadang kadang tak perasan tindakan yang dibuat πŸ˜†.







Biasa lepas masuk ward nurse akan inform kita untuk bagitahu bila nak ke tandas. Penting ya bangun ke tandas lepas bersalin ni. Masa Kaisan dulu nad hampir pitam masa di toilet. Kalini nad makan dulu sebelum ke toilet 😜. Baru kuat sikit nak jalan. Doakan nad berjaya habiskan pantang dengan jayanya.



Nervous nya jadi ibu anak dua. Yang tanya Kaisan behave tak, kaisan kadang kadang jealous tengok adik dia dapat susu dia tak 😜 kena take turn. 

#babyAK





16/2/2019 (Sabtu), genap hari ke-8 pada hari jadi Wan yang ke-54 tahun, terus cukur rambut 😍










Majlis aqiqah baby Khaira mungkin dibuat lepas raya nanti, insyaAllah. Alhamdulillah untuk kurniaan darimu ya Allah ❤️






Kaki Khaira panjang ni masa 7 hari. tunggu lepas setahun nanti. hehe





Khaira 1st photoshot by me ketika 7 days old





Khaira with Mak lang





Khaira with ayah :)

Pink Rose Flower Pink Rose Flower