February 20, 2019

Pengalaman Bersalin Anak Kedua | Amirah Khaira


9/2/2019 (Sabtu)


Kelahiran adik Kaisan, nama diberi Amirah Khaira  yang bermaksud Puteri Kebaikan. 

Woke up around 4.00am sebab tak boleh tidur. Baring sakit. Mengiring sakit. Ingatkan normal sebab 3rd trimester memang akan sakit belakang πŸ˜† .

The pain was bearable. Tapi kerap datang. Masani dah yakin macam contraction je ni sebab sakit datang 10-15 minit sekali. Tapi masih abaikan sebab tak ada tanda turun darah atau air ketuban. Pukul 6.30 pagi terus pergi mandi dan solat subuh. Cabaran masa solat diserang contraction, fuhhh. Lepas solat konon nak siapkan breakfast untuk suami. Masani yakin je cakap dekat suami ni brixton hicks ni. Due date kan 1/3. Takkan nak bersalin dah. .

Dalam otak dok ligat fikir nak pergi collect parcel di poslaju, jumpa client account, jumpa cikgu, nak cod barang customer. Kiranya sabtu tu memang dah plan la nak buat apa. Tapi semua tak jadi sebab husband insist suruh pergi hospital juga sebab risau tengok nad dok tahan sakit πŸ˜†

Sakit sakit pun pukul 9 pagi baru keluar rumah (rumah puchong. Nak ke Hospital seremban ambil masa 40minit). Tapi sebelum gerak balik, sempat singgah poslaju puchong dan mcdonald sebab lapar πŸ˜….

Paling kesian suami la sebab dia kena drive sambil riba Kaisan. Kaisan masani refuse duduk dalam car seat. And nad tak boleh riba sebab tengah tahan sakit contraction. Masani la timbul seribu penyesalan sebab susahkan suami dan kesiankan kaisan yang tak faham lagi ibu dia mengandung adik dia πŸ˜‚

Masuk je highway husband terus pecut 130/140kmh sebab masani nad dah meraung dalam kereta dah sakit πŸ˜† contraction kerap. Kaisan menangis setiap kali nad merintih sakit πŸ˜…. Masani husband cakap kalau kena saman biarlah. Nak rush ni. Emergency. Sekali sampai nilai JALAN JAMMED. Stress .


Sampai hospital around 11.00am. Tahu tak dari parking nak ke PAC room susah? Berapa kali stop jalan sebab sakit contraction menyerang πŸ˜†. 




Selepas register, terus masuk PAC room. Bestnya kalini dapat nurse semua lemah lembut. Doctor baik baik. Yang best semua perempuan πŸ˜†

Macam biasa kena check air kencing dulu. Jawab soalan ditanya nurse. Then baru masuk bilik untuk check laluan sebab nurse tengok nad dok kerut kerut muka tahan sakit πŸ˜†




Nervous masuk bilik untuk check bukaan(kalau nak tahu check bukaan tu macam mana ialah Dr akan “selukkan jari” untuk check berapa cm ). .
Nervous bukan sebab apa, risau dapat Dr lelaki atau Dr yang jenis seluk dengan cara kejam (masa kaisan dulu pernah dapat Dr tak pandai seluk πŸ˜†sakit!). 

Alhamdulillah dapat Dr perempuan. Tak sakit langsung. Tipsnya, please tarik nafas dalam dalam dan relaks kan otot anda πŸ˜‚.

“Okay bukaan awak dah 4cm, boleh terus masuk labour room tapi buat ctg dulu”. 




Image result for alat ctg

CTG ni alat untuk detect jantung baby dan contraction kita. Bila dah pasang alat CTG ni tetiba staff nurse lain bising kenapa tak proceed ke labour room sebab dah 4cm. Terus nurse bagi baju salinan. Masa ni nervous campur excited.

“Sarung baju terbalik ya sebab nanti baby keluar nak terus letak atas dada”. -nurse

“Suami puan mana ya? Kena hand over semua barang peribadi. Barang kemas jangan pakai. suami nak teman masuk labour room tak?”.

Ok masa ni dah serabut sikit sebab kaisan ada dengan suami. Kan kami dari puchong. Tak sempat drop kaisan di rumah mil. maka suami ke bilik pac dengan kaisan dalam baby carrier. Nasib rumah mil dengan hospital tak jauh, sempat lah minta datang tolong ambil kaisan and bawa beg hospital. 

Beg hospital penting k. Terutama baju baby, pampers dan pad! 😊

Pukul 12 terus disorong naik kerusi roda ke labour room. Masani sampai je labour room staff nurse cakap selamat datang ke bilik bersalin. πŸ˜‚

Labour room di hospital seremban best k. Sebab sorang sorang. Ada alunan surah surah akan dimainkan sepanjang kita di situ. 

Kalau nak husband assist, make sure ada salinan kad nikah dan ic k 😊nanti nurse akan suruh kita sebut nama penuh suami sebelum benarkan suami masuk ke labour room. 



Image result for branula hijau


Berjela la pula cerita bersalin kalini πŸ˜† di LB nurse masukkan branula di tangan. Nad dapat branula hijau. Dah settle branula, alat ctg pula dipasang. Kemudian kita tunggu jela bukaan sampai ke 10cm.

Bersalin adik kaisan ni sebenarnya kejap je tapi rasa lama sebab sakit contraction 😜.

Paling suka nurse in charge cuba tenangkan nad.

“Puan relaks ya. Biasa anak kedua ni cepat bukaan”. - nurse



Jom sambung story! Masa di labour room macam biasalah Dr akan check kedudukan kepala baby sama ada dah engaged ke belum. Part paling nak gerun adalah part pecahkan air ketuban! Hehe. Sebab masa Kaisan dulu ketuban dah pecah sendiri, kalini Dr pecahkan untuk cepatkan proses bersalin.

Nad ingat sakit. Sebab berapa kali Dr ni asyik seluk then cucuk guna alat untuk pecahkan ketuban tapi tak berjaya. Sampai perasan jari Dr dah ada darah dah tapi still air ketuban tak pecah lagi πŸ˜‚ .

Akhirnya Dr lain yang tolong pecahkan. Tak sakit pun rupanya. Rasa panas je tetiba air mengalir πŸ˜‚ 

Cuma kita perlu inform Dr bila baby mengeras/contraction bila procedure pecah ketuban dilakukan. Procedure ni boleh dilakukan bila baby tak mengeras ok 😬

Maka dari pukul 12.30 tengah hari nad duduk melayan contraction. Staff nurse kata after 2 hours baru dorang datang balik nak check progress.

Masa di labour room nad stress tengok suami sedap tidur. Punyalah nad dengki masa tu sebab nad tengah layan sakit 😜

Nasib baik ada staff nurse sudi bagi air untuk basahkan tekak. Around 1.30pm nad dah tak boleh duduk diam. Request suami panggil nurse sebab nad rasa nak berak. 

Nurse check jalan. "Baru 4cm tapi cervic awak dah lembut. Sabar ya. InsyaAllah kejap lagi bersalin".

Pukul 2 nampak staff nurse lalu, suruh suami panggil lagi sebab memang rasa nak berak πŸ˜‚staff nurse ni tak layan "kan baru 4cm. Lambat lagi tu."

Pukul 2.30 petang nad terus request nurse nak injection pain killer di punggung dan gas entonox(tak sedut pun sebab tgh sakit). .
Suami nad ni kelakar sikit. Nad tengah sakit dok la tangan merewang ke langit, dia boleh pergi high five nad and gelak2. Adoi πŸ˜‚

Lepas injection nurse terus check jalan. Alhamdulillah dah 6cm. Tapi masani dah berguling sakit dah. Siap terjerit πŸ˜‚

"Eh awak janganlah jerit. Sebelah ni patient nak bersalin tapi dia ada sakit jantung. Kang tak pasal pasal dia takut bersalin".-nurse

Berapa kali nad say sorry. The pain was unbearable 😭. Around 2.40pm nurse request suami pergi solat zohor dulu. "Awak pergi je solat dulu. Saya rasa dia akan bersalin sebelum asar.".

Maka melayan la contraction seorang diri.. 

Untuk yang tanya injection pain killer tu kurangkan rasa sakit contraction ke tak, mestilah TAK. Tapi it will helps you deal with the pain. Akan rasa mengantuk. The injection last for 6 hours. Gas Entonox tu pula akan buat anda rasa khayal 😴depends on which korang prefer. Ada yang takyah dedua ni pun selamat je bersalin. Hehe

Okay, sebaik sahaja suami nad balik solat, nad mengadu sakit lagi. Suami cuba urut kaki nad tepis sebab sakit. Dia urut tangan pun kena marah πŸ€ͺ .

Around 2.45pm terus request suami panggil nurse juga sebab betul betul rasa nak meneran. Tapi macam biasalah nurse tak layan sebab dia kata lambat lagi progress nak ke 10cm tu πŸ˜‚

 Lepas nad tak duduk diam sampai alat ctg tak boleh baca jantung baby, terus nurse suruh teran. Bukan teran baby k. Tapi πŸ’©πŸ’©πŸ’© . 

Malu rasanya πŸ˜†. Nurse terpaksa tolong keluarkan πŸ’© baru nurse cucuk pundi kencing untuk keluarkan air kencing. Both process ni penting sebab kalau pundi penuh, usus penuh, process nak lahirkan baby jadi susah. 

Masa nurse cucuk pundi kencing tu memang kaki dok terkepit kepit hasil refleks sakit contraction. Tak tahu kenapa pengalaman bersalin kali kedua ni sangat mengerikan πŸ˜†

Nurse dah marah sebab nad tak beri kerjasama. Sorry nurse. Nad nak teran je sebenarnya. Ok sila praktis posisi bersalin. Tangan pegang buku lali. Kangkang. Masa teran buka mata. Dagu di perut. Teran macam tengah sembelit. Bukan teran di muka. Di perut. .

Masa nad, nad teran dah okay. Curi nafas dah okay. Yang tak okay nad angkat punggung tinggi sangat semasa proses meneran. Menjerit nurse sebab nad siapkan keraskan kaki tak nak kangkang terkepit2 dengan angkat punggungnya πŸ˜‚

Fuhh jujur terasa koyakkan nya. Alhamdulillah tepat pukul 3.00 petang nad bersalin baby girl weight 2.92kg. Kecil sikit dari abang Kaisan. .
Memang kejap je di labour room. Tapi sakit contraction ni 1 minit rasa macam 1 jam πŸ˜‚ .




Nad sempat tengok baby keluar meluncur laju di katil nad masa final push. Rasa happy dengar dia menangis. Tiba tiba rasa sakit tu hilang terus 😊 nurse terus letak baby di atas dada nad. Punca nurse suruh pakai baju hosp terbalik agar mudah nak lucutkan untuk letak baby atas dada. .

Kemudian process uri dikeluarkan. Dimana staff nurse akan gegarkan perut kita πŸ˜‚ plupp keluar la seketul uri. Sebelum kena jahit tu kena seluk dulu untuk keluarkan darah beku. .

Jujurnya jahit kalini sangat sakit. Even dibius, jahitan di kulit memang akan terasa. Lagi lagi bahagian sensitif. Fuhh. Banyak kali rasa nak tertendang nurse. Masuk jarum ok lagi, bila benang ditarik nad sampai gigit selimut πŸ˜‚ .

Nasib baik 1st degree tear😭 nasib baik juga koyak tak sampai 3rd or 4th degree. Seram kalau kena nanti lagi ngeri nak buang air besar lepas bersalin πŸ˜‚

Be aware lepas process jahit, nurse akan seluk lagi sekali untuk check ada darah beku lagi tak.  Be aware juga lepas tu Dr pula akan seluk lagi sekali untuk check πŸ˜‚ lubang dubur juga akan dicheck sama ada kita boleh kemut ke tak. .

Settle semua, nurse akan bantu tukar baju, pakaikan pad and akan minta kita mengerengkan badan untuk susukan baby buat pertama kali. .
Biasa Dr/nurse suruh kita confirmkan jantina baby, nama dan ic kita sebelum dibawa ke ward 😊 .

Pengalaman bersalin setiap orang berbeza. Ada yang mudah ada yang sampai tinggalkan kesan trauma. Yang penting banyak banyak berdoa dan minta maaf dengan suami. .

Teringat lepas baby keluar terus nad cakap "awak lepasni jangan mengandung rapat lagi dah. Susah nak bersalin tak bagi kerjasama" πŸ€ͺ. Kalaulah nurse tu tahu bila kita sakit kadang kadang tak perasan tindakan yang dibuat πŸ˜†.







Biasa lepas masuk ward nurse akan inform kita untuk bagitahu bila nak ke tandas. Penting ya bangun ke tandas lepas bersalin ni. Masa Kaisan dulu nad hampir pitam masa di toilet. Kalini nad makan dulu sebelum ke toilet 😜. Baru kuat sikit nak jalan. Doakan nad berjaya habiskan pantang dengan jayanya.



Nervous nya jadi ibu anak dua. Yang tanya Kaisan behave tak, kaisan kadang kadang jealous tengok adik dia dapat susu dia tak 😜 kena take turn. 

#babyAK





16/2/2019 (Sabtu), genap hari ke-8 pada hari jadi Wan yang ke-54 tahun, terus cukur rambut 😍










Majlis aqiqah baby Khaira mungkin dibuat lepas raya nanti, insyaAllah. Alhamdulillah untuk kurniaan darimu ya Allah ❤️






Kaki Khaira panjang ni masa 7 hari. tunggu lepas setahun nanti. hehe





Khaira 1st photoshot by me ketika 7 days old





Khaira with Mak lang





Khaira with ayah :)

Pink Rose Flower Pink Rose Flower